Isnin, 3 Oktober 2011

Festival Pengantin Pusat Membeli Belah AEON AU2 Keramat : 7 - 9 Oktober 2011

Assalamu Alaikum wbt.

Selamat bertemu lagi. AURA sekali lagi akan menyertai Festival Pengantin di Pusat Membeli Belah AEON AU2 Keramat. Kali ini AURA selain membuka booth untuh tempahan pakej perkahwinan yang menarik, juga menaja hiasan pelamin di pentas utama dan perarakan pengantin yang akan diadakan pada hari Sabtu jam 2.00 petang.

Datanglah beramai-ramai mengunjungi booth AURA dan membuat tempahan disamping menyaksikan koleksi pelamin terbaru AURA di pentas utama. Pengunjung juga berpeluang mendapat diskaun sehingga RM200.00 dan memenangi hadiah menarik dari AURA.

Bawa kawan-kawan, sedara-mara, ibu-bapa, anak-anak bagi memeriahkan Festival Pengantin yang akan berlangsung nanti. Jumpa anda di sana.

ARS

Tiada ulasan: