Sabtu, 25 Disember 2010

Selamat Pengantin Baru : Siti Aisyah dan Mohd Hazullah

Salam, Minggu lepas penulis menghadiri majlis perkahwinan keluarga emak saudara di Batu Pahat Johor di mana anak perempuan beliau melangsungkan perkahwinan di Dewan Jubli Intan, Batu Pahat. Penulis mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan selamat pengantin baru kepada Siti Aisyah dan suami tercinta.

Gambar-gambar dirakamkan oleh penulis untuk tatapan pelawat blog ini.
Nota: Pelamin , pakaian pengantin dan solekan bukan disediakan oleh AURA Raja Sehari.

Sabtu, 11 Disember 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU: SHINA DAN PASANGAN

Semoga berbahagia hingga akhir hayat.
Nota: Pelamin dan baju pengantin oleh AURA Raja Sehari.

ARS

Sabtu, 4 Disember 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU: SHARIFAH HEZZRIN WAFA & KHAIRUL ANUAR

Semoga berbahagia hingga akhir hayat.
Pelamin, baju pengantin, baju nikah,  baju persalinan, make up & andaman, hiasan bilik tidur, photography dan katering oleh AURA Raja Sehari.

ARS

SELAMAT PENGANTIN BARU : ISZUHANA & MUHAMMAD FAIZ




Semoga berkekalan hingga akhir hayat.
Pelamin, andaman & solekan, pakaian pengantin & aksesori  oleh AURA Raja Sehari.

ARS

Ahad, 28 November 2010

Selamat Pengantin Baru: Khairul Azmi dan Shuhaizam

Pelamin oleh AURA Raja Sehari

ARS

SELAMAT PENGANTIN BARU - MUNIRAH DAN PASANGAN

Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.
Nota: Pelamin, pakaian pengantin, andaman dan aksesori oleh AURA Raja Sehari.

ARS

Selasa, 16 November 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Salam
AURA Raja Sehari mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua rakyat Malaysia muslim yang merayakannya.
Kami akan bercuti selama 3 hari, 17 - 19 November 2010 dan akan kembali beroperasi pada 20 November 2010 (Sabtu).

ARS.

Khamis, 4 November 2010

Peluang pekerjaan di AURA Raja Sehari

Salam.
AURA Raja Sehari ingin menawarkan peluang pekerjaan untuk jawatan berikut:

1- Juru Andam
Status Jawatan: Sambilan
Jantina : Perempuan

Kelayakan:
a- berpengalaman di dalam bidang andaman / solekan
b- mempunyai kenderaan sendiri
c- boleh bekerja di luar kawasan (jika perlu)


2- Jawatan: Pembantu Butik
Status jawatan : Tetap
Jantina : Perempuan
Status perkahwinan: Bujang

Kelayakan:
a- berpengetahuan & berkemahiran di dalam bidang sulaman baju pengantin, jahitan manik, gubahan hantaran perkahwinan/pertunangan dan gubahan bunga.
b- boleh bekerja tanpa had masa / bila-bila masa (jika perlu)

Tawaran perkhidmatan:
a- Gaji tetap bulanan dan elaun tugasan
b- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
c- Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
d- 2 hari cuti seminggu

Kepada yang berminat, sila hubungi AURA Raja Sehari (Kak Yatie) untuk maklumat lanjut dan sesi temuduga.

ARS

Sabtu, 30 Oktober 2010

BERBAGAI PERKHIDMATAN PERKAHWINAN YANG DITAWARKAN

Salam
Perniagaan AURA Raja Sehari... menawarkan pelbagai perkhidmatan perkahwinan untuk anda:

-Sewaan pelamin
-Sewaan baju pengantin & aksesori lengkap pengantin
-Tempahan baju pengantin, baju nikah dan baju bertunang
-Andaman & solekan untuk sanding, nikah, bertunang dan majlis makan malam
-Katering, kanopi, kerusi/meja
-Gubahan hantaran untuk majlis pernikahan & pertunangan
-Pakej fotografi
-Dewan untuk mengadakan majlis perkahwinan (dengan kerjasama Hotel Dinasty Kuala Lumpur)
-Lain-lain perkhidmatan perkahwinan

Sila hubungi kami untuk mendapatkan khidmat terbaik dari AURA Raja Sehari...

ARS

Jumaat, 15 Oktober 2010

Ahad, 10 Oktober 2010

Terima Kasih Kerana Melawat Booth Kami


Salam.

AURA Raja Sehari ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengunjung yang telah melawati booth kami dan juga kepada mereka yang telah membuat tempahan dengan kami. Kami juga ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada YBhg Datuk Suhaimi Ibrahim, Setiausaha Politik, Menteri Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Masyarakat selaku VVIP dan perasmi Pameran Pengantin KLCC 2010 yang telah sudi melawati booth AURA Raja Sehari.
ARS

Jumaat, 8 Oktober 2010

Pameran Pengantin KLCC- Booth No. 51








Salam.
AURA Raja Sehari sekarang berada di Pusat Konvention Kuala Lumpur (KLCC) untuk 3 hari : 8 - 10 Oktober 2010 , booth no. 51. Datanglah beramai-ramai untuk mendapatkan pakej terbaik dari kami.

ARS

Sabtu, 2 Oktober 2010

TEMUI KAMI DI PAMERAN PENGANTIN PADA 8 - 10 OKTOBER 2010 DI KUALA LUMPUR CONVENTION CENTER (KLCC)

Assalamu Alaikum. AURA Raja Sehari akan berada di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC) sempena program Pameran Pengantin Antarabangsa selama 3 hari, 8 - 10 Oktober 2010 dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Temui kami di sana dan dapatkan tawaran pakej perkahwinan menarik dari kami.

ARS

Isnin, 20 September 2010

Karnival Pengantin : Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), 8 - 10 Oktober 2010

Salam sejahtera
AURA Raja Sehari akan menyertai Karnival Pengantin di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC) bermula pada 8 hingga 10 Oktober 2010. Kami menyediakan pakej-pakej menarik untuk para pengujung dan bakal pengantin yang ingin melangsungkan perkahwinan.
Datanglah ke booth kami dan dapatkan juga cenderahati khas dari kami.
Jumpa anda di sana.
ARS

Isnin, 30 Ogos 2010

Selamat Hari Raya Aidil Fitri1431H

Salam
AURA Raja Sehari ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri 1431H. Kami akan bercuti sempena sambutan hari raya bermula 8 - 17 September 2010. Kami akan kembali berusniaga bermula 18 September 2010 (Sabtu).
Kami juga masih lagi menerima tempahan untuk majlis anda untuk hujung tahun ini. Bagi yang masih mencari pakej yang sesuai, diharap dapat berkunjung ke butik kami untuk mendapatkan tawaran terbaik dari kami.
ARS

Khamis, 12 Ogos 2010

SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA

Salam.
AURA Raja Sehari ingin mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa bagi tahun 1431H ini dan semoga apa yang dilakukan oleh kita semua mendapat keberkatan dan ke redhaan Allah swt. Amin.
ARS

Isnin, 2 Ogos 2010

Peserta Pertandingan Andaman sempena Pameran Pengantin KL 2010



Peserta pertandingan andaman sempena Pameran Pengantin KL 2010



TERIMA KASIH KERANA MELAWATI RUANG PAMERAN KAMI












Assalamu Alaikum wbt.
Pameran Pengantin KL 2010 yang diadakan di kompleks membeli-belah AEON AU2, Keramat/Setiawangsa telah berjalan dengan jayanya bermula 29 Julai hingga 1 Ogos 2010. AURA Raja Sehari turut serta pada pemeran pengantin kali ini. Kami ingin mengucapkan terima kepada pengungjung-pengunjung yang telah sudi melawati ruang pameran kami dan mendapatkan khidmat perunding perkahwinan kami. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada pengunjung yang telah membuat tempahan dengan kami.

Ahad, 11 Julai 2010

PAMERAN PENGANTIN KL 2010 - DI PUSAT MEMBELI BELAH AEON AU2, KERAMAT

Salam
Aura Raja Sehari akan menyertai Pameran Pengantin Kuala Lumpur 2010 di pusat membeli-belah AEON AU2, Keramat pada 30 Julai - 1 Ogos 2010. Kami menawarkan berbagai pakej perkahwinan pada harga istimewa. Kunjungilah lot pameran kami dan dapatkan tawaran diskaun yang hebat untuk tahun 2010 hanya untuk 3 hari pameran berlangsung. Jangan lepaskan peluang ini.

Jumpa kami di sana .

ARS

Isnin, 21 Jun 2010

KAMI DATANG KE TEMPAT ANDA

Salam untuk para pelanggan yang berada di sekitar Lembah Kelang. Sekiranya jadual anda terlalu padat dan tidak berkesempatan untuk membuat tempahan pakej perkahwinan, perunding perkahwinan kami bersedia datang ke tempat anda. Apa yang perlu anda lakukan adalah membuat tempahan untuk temu janji melalui pejabat kami sekurang-kurangnya sehari sebelum tarikh temui janji dan wakil kami akan datang menemui anda.
Begitu mudah, amat menjimatkan masa dan tidak memeningkan kepala! Hubungi kami dan pastinya anda tidak akan kecewa.
ARS

Isnin, 7 Jun 2010

Selamat Pengantin Baru: Hariz & Syazwani 6 June 2010





-Pelamin, pakaian dan aksesori pengantin serta andaman/solekan oleh AURA Raja Sehari.. Selamat berbahagia hingga akhir hayat.

Sabtu, 29 Mei 2010

Sabtu, 8 Mei 2010

Selamat Pengantin Baru - Nurafini & Izzuddin








Selamat Pengantin Baru Semoga Berkekalan Hingga Akhir Hayat dari kami Aura Raja Sehari..

Ahad, 25 April 2010

PERKHIDMATAN KAMI


Sabtu, 27 Mac 2010

AURA Raja Sehari berada di Pasaraya Spectrum, Ampang

Salam

AURA Raja Sehari telah membuka pusat pameran yang keduanya di pasaraya Spectrum Ampang. Bagi bakal pengantin yang berada di sekitar kawasan tersebut bolehlah mengunjungi ruang pameran kami di tingkat bawah / ruang legar iaitu bersebelahan dengan kedai makanan segera A&W.
Sempena pameran tersebut, AURA Raja Sehari menyediakan promosi harga hebat pada harga hanya RM1,220.00 untuk satu set pelamin moden lengkap (rumah) dan sepasang baju pengantin L/P (songket atau lace) serta aksesori lengkap.
Pada masa yang sama, kedai pameran kami di Lembah Keramat tetap dibuka seperti biasa.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini! Jumpa kami di sana.
ARS

Jumaat, 26 Mac 2010

Sabtu, 9 Januari 2010

Selamat Pengantin Baru Sham & Aziah - 9 Jan 2010



Pelamin pilihan pasangan Sham & Aziah. Selamat berbahagia hingga ke akhir hayat.

Selamat Pengantin Baru - Nik Nur Hidayah & Azizi


Pelamin Majli Perkahwinan Nik Nur Hidayah & Azizi - 8 Januari 2010. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. AURA Raja Sehari berbangga dapat menyumbang khidmat kepada pasangan raja sehari ini.