Jumaat, 28 Disember 2012

Selamat Tahun Baru 2013

Assalamu Alaikum wbt.
Umpama sekelip mata, tahun 2012 akan berlalu pergi dan 2013 menanti. Tentunya sepanjang 2012 banyak peristiwa pahit dan manis baik bagi para pengantin mahupun bagi AURA. Pengalaman yang ditimba tentunya menjadi bekalan yang bermakna untuk AURA terus bergerak maju dalam bidang berkaitan perkahwinan ini.
 
Di kesempatan ini, AURA ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah bekerjasama dengan AURA melayari cabaran perniagaan sepanjang tahun 2012. AURA juga mengucapkan syukur ke hadrat Allah swt kerana diberikan kekuatan, ketabahan dan limpahan rezeki bagi meneruskan usaha memeriahkan industri perkahwinan di Lembah Kelang khasnya dan di Malaysia umumnya.
 
Ucapan terima kasih khas kepada rakan-rakan perniagaan, pembekal-pembekal peralatan perkahwinan, En Zali, pihak penganjur Pameran Pengantin (Urban Vibe - Eddie), Festival Pengantin (Reza & Pn Lina), pihak tailor AURA, pihak majalah Inspirasi Perkahwinan dan Pesona Pengantin, para Make-up artist AURA (Leez,Ayu,Hana dll), Photographer (Asri, Shahril, Helmi & AURA Photo) dan lain-lain pihak yang terlibat bagi memajukan perniagaan AURA.
 
Perhargaan khas dan ucapan terima kasih kepada semua staff AR Brothers Sdn Bhd (En Shafie-COO, Pn Saliha - CFO/Admin, Pn Yatie - Consultan Perkahwinan dan En Kamil - Ketua Logisik dan Operasi serta lain-lain staff sokongan) yang telah berusaha keras melaksanakan tugas dengan ikhlas dan dedikasi demi untuk memajukan perniagaan AURA Raja Sehari.
 
Sempena 2013 yang menjelma, pihak AR Brothers Sdn Bhd dengan sukacita mengumumkan bahawa perniagaan kami akan diluaskan kepada tiga bidang yang lain atas tanda perniagaan AURA Astana Cafe, AURA Rs Collections dan AURA Astana Homestay.  Kesemua bidang perniagaan ini telah dirancang dan di mulakan sejak awal tahun 2012 yang lalu dan akan dilaksanakan secara berperingkat sepanjang tahun 2013. Semoga usaha ini diberkati Allah swt dan memperolehi kejayaan hendaknya. Insya Allah.
 
Sekian, wassalam.
 
MD/CEO
AR Brothers Sdn Bhd
 
 
 
 

Rabu, 28 November 2012

Selamat Pengantin Baru : Shikin & Ezam


 
Semoga berbahagia hingga akhir hayat. Pakej perkahwinan disediakan oleh AURA Raja Sehari.

MUA - Leez
Photographer - Helmi Sixuca

Rabu, 19 September 2012

Selamat Pengantin Baru: Aimy dan Pasangan, Kg Baru KL, 15 Sept. 2012




Semoga berbahagia hingga akhir hayat.
Pelamin, busana pengantin, solekan dan fotography oleh Team AURA RajaSehari.
MUA - Hana
Fotography - Shahril

Sabtu, 11 Ogos 2012

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1433 Hijrah dari AURA

Assalamu Alaikum wbt.

AURA ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Tahun Hijrah 1433. Semoga sambutan perayaan tahun ini lebih bermakna dengan ibadat puasa kita semua diterima Allah swt.

Butik AURA akan ditutup bermula 16 Ogos 2012 dan akan beroperasi semula pada 23 Ogos 2012 sempena sambutan Aidil Fitri.

Salam aidil fitri

ARS

Isnin, 9 Julai 2012

Selamat Pengantin Baru - Azahari & Pasangan : 7-7-2012

Selamat Pengantin Baru. AURA menyediakan pelamin, baju pengantin, solekan dan PA System & DJ. Semoga berbahagia hingga akhir hayat.

Ahad, 1 Julai 2012

Pelamin Pentas Tajaan AURA Raja Sehari di Festival Pengantin Wangsa Walk - 30 June - 1 Julai 2012


 

PELAMIN RERAMA CINTA - ciptaan eksklusif dari AURA

Pelamin pentas tajaan Aura Raja Sehari di Festival Pengantin, Wangsa Walk : 29 Jun - 1 Julai 2012. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan perkhidmatan terbaik kami!

ARS

Khamis, 14 Jun 2012

Festival Pengantin Malaysia di Wangsa Walk, Kuala Lmpur - 29 Jun - 1 Julai 2012

Assalamu Alaikum wbt.

AURA akan berada di Pusat membeli belah Wangsa Walk, Kuala Lumpur sempena Festival Pengantin Malaysia 2012. Aura menyediakan pakej perkahwinan yang terbaik untuk para bakal pengantin. Oleh itu jangan lepaskan peluang ini terutamanya bagi bakal pengantin yang merancang majlis perkahwinan mereka pada hujung tahun ini.

Kami menyediakan diskaun bagi pengunjung yang membuat tempahan Pakej RM5990.00 pada festival kali ini, anda berpeluang mendapat potongan harga sebanyak RM300.00 dengan syarat anda menyertakan KOD DISKAUN INI: 90024010 semasa membuat tempahan. Jumpa anda di sana.

ARS
Nota# Harap di maklumkan juga, deposit minima untuk tempahan pakej adalah 10% dari harga pakej yang ditawarkan.

Sabtu, 26 Mei 2012

Selamat Pengantin Baru : Kamarul dan Pasangan, 26 May 2012









Pelamin Castle dan pintu gerbang pagola oleh AURA Raja Sehari. Semoga berbahagia hingga akhir hayat.

ARS

Ahad, 6 Mei 2012

Selamat Pengantin Baru: Linda dan pasangan- 5 Mei 2012



Dewan Komuniti, Presint 8, Putrajaya.

Ahad, 29 April 2012

Selamat Pengantin Baru: Ramli Rawi & Pasangan - 28 April 2012








Semoga berkekalan hingga akhir hayat.
Pelamin, costume pengantin, make up oleh Aura Raja Sehari.

Ahad, 15 April 2012

Koleksi terbaru baju pengantin AURA




ARS

Selasa, 10 April 2012

Terima kasih kepada yang telah membuat tempahan di Festival Pengantin Malaysia PWTC

Assalamu Alaikum wbt.
Festival Pengantin Malaysia di PWTC telah berjaya dilaksanakan selama tiga hari. Ramai pengunjung dan bakal pengantin yang hadir bagi mencari pakej perkahwinan yang terbaik. Bagi pengunjung yang telah membuat tempahan dengan AURA, kami mengucapkan jutaan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan dan kami pastinya akan memberikan khidmat terbaik untuk anda.

Kepada bakal pengantin yang masih mencari pakej yang sesuai, anda masih boleh datang ke butik AURA untuk mendapatkan pakej perkahwinan yang ditawarkan.

ARS

Sabtu, 7 April 2012

AURA di PWTC: 6- 8 April 2012





Lawatilah booth AURA untuk mendapatkan pakej terbaik kami.

Sabtu, 17 Mac 2012

Festival Pengantin Malaysia PWTC : 6 - 8 April 2012

Assalamu Alaikum wbt.
AURA akan berada di PWTC pada 6 - 8 April 2012 sempena Festival Pengantin Malaysia 2012. Dapatkan pakej-pakej menarik dari AURA. Jumpa anda di sana.

ARS

Rabu, 29 Februari 2012

Festival Pengantin - AEON AU2 / Setiawangsa: 2 - 4 March 2012

Salam

Bagi para pengunjung booth AURA di SACC Shah Alam yang tidak berkesempatan membuat tempahan dengan kami, boleh berbuat demikian di Festival Pengantin Malaysia di pusat membeli-belah AEON Setiawangsa.

Jangan ketinggalan untuk bersama-sama kami meraikan hari bahagia anda.

ARS

Ahad, 26 Februari 2012

Hari ke 3 di Pameran Pengantin Malaysia SACC Shah Alam


Salam
Hari ke 3 di Pameran Pengantin Malaysia si SACC. Bagi bakal pengantin yg belum berkesempatan membuat tempahan, boleh berbuat demikian di booth Aura ( sebelah kiri pentas utama).

Bagi yang telah membuat tempahan, terima kasih kami ucapkan dan pastnya kami akan memberikan khidmat terbaik kami.

ARS

Selasa, 21 Februari 2012

Festival Pengantin Malaysia Di AEON Setiawangsa KL : 2 - 4 Mac 2012

Salam

AURA akan berada di pusat membeli belah AEON Setiawangsa / AU2 Bersempena Festival Pengantin Malaysia pada 2 - 4 Mac 2012. Kami menawarkan pakej lengkap perkahwinan pada harga promosi. Jangan lupa, jumpa kami di sana.

ARS

Selasa, 31 Januari 2012

Pameran Pengantin Malaysia SACC, Shah Alam 24 - 26 Februari 2012

Assalamu Alaikum
Aura akan berada di SACC Shah Alam pada 24 - 26 Februari 2012 sempena Pameran Pengantin Malaysia. Khas untuk bakal pengantin, dapatkan pakej menarik dari Aura pada harga promosi. Jangan lepaskan peluang ini. Jumpa anda di sana.

ARS

Isnin, 9 Januari 2012

Terima kasih kepada yang telah membuat tempahan dengan AURA

Salam
Pameran Pengantin Malaysia di Ampang Point telah selesai dan AURA ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pengunjung yang telah membuat tempahan dengan AURA. Insya Allah kami akan memastikan majlis anda berjalan lancar dan meriah. AURA juga akan memastikan apa pakej yang dijanjikan dipenuhi.

Kepada yang tidak sempat membuat tempahan , anda berpeluang membuat tempahan di Pameran pengantin yang akan datang atau datang ke butik AURA.

Terima Kasih.


ARS

Sabtu, 7 Januari 2012

Kami berada di Ampang Point Sempena Pameran Pengantin Malaysia - Booth 19

Salam ,
Sila lawati booth kami di Pameran Pengantin Ampang Point 6 - 8 Januaryi 2012.


ARS

Ahad, 1 Januari 2012

Pameran Pengantin Di Ampang Point : 6 - 8 January 2012

Assalamu Alaikum wbt

AURA akan berada di Pusat membeli belah Ampang Point sempena Pameran Pengantin Malaysia pada 6 - 8 Januari 2012. Sempena tahun baru 2012 ini, AURA menyediakan pakej menarik untuk bakal pengantin. Jumpa anda di sana.

ARS