Ahad, 28 Julai 2013

Promosi Hari Raya - 2 pasang baju kurung raya pada harga RM99.00!amadhan Kareem & Selamat Hari Raya

Aura mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pelanggan yang datang ke butik Aura. Sambutan pelanggan terhadap butik Aura di Giant Taman Permata terutamanya produk Aura Fashion bersempana sambutan Hari Raya Aidil Fitri yang bakal menjelma.

Aura dengan sukacita mengumumkan diskaun hebat bagi produk baju kurung . Jika harga satu pasang dijual pada harga RM65.00, pelanggan berpeluang mendapat diskaun hebat jika membeli 2 pasang sekaligus dengan harga RM99.00 (diskaun sebanyak 25%!).

Datang segera ke butik AURA untuk mendapatkan diskaun hebat !

Ahad, 16 Jun 2013

Percuma sepasang baju kurung raya untuk tempahan produk bridal Aura

Assalmu alaikum wbt.

Setelah hampir 2 bulan beroperasi di butik baru di bangunan Giant Superstore Taman Permata, nampaknya sambutan dari para pengunjung tidak mengecewakan. Selain produk bridal dari Aura yang menjadi pilihan pengunjung, produk dari Aura RS Fashion semakin mendapat tempat.  Produk seperti baju melayu pada harga RM99.00 dan jubah dari Dubai menjadi tumpuan pengunjung.

Sebagai meraikan bakal pengantin sempena sambutan hari raya aidil fitri ini, Aura Bridal memberikan percuma sepasang baju kurung raya untuk pengunjng butik Aura yang membuat tempahan minima RM2000.00 sebelum 31 Julai 2013. Jangan lepaskan peluang ini bersama-sama kami merayakan aidil fitri yang bakal tiba.


Kunjungilah butik Aura untuk menikmati promosi dari Aura.

Aura RS...rakan pesona anda!

ARS

Khamis, 25 April 2013

Aura Raja Sehari kini beroperasi di Giant Permata, Ulu Klang

Assalamu Alaikum wbt.

Sepertimana pengumuman yang telah dibuat pada awal tahun ini tentang perkembangan Aura pada tahun 2013, sukacita dimaklumkan bahaw Aura Raja Sehari akan mula beroperasi di butik baru di Giant Superstore, Taman Permata Ulu Klang pada 1 Mei 2013 (tingkat 1, bersebelahan surau dan pejabat pengurusan Giant).

Selain mengekal dan menambah baik perkhidmatan perkahwinan, Aura juga telah menambah produknya dengan kostume tradisional Melayu seperti baju kurung, baju Melayu, jubah dan sebagainya atas nama AURA RS Fashion. Sempena pembukaan butik terbaru Aura, kami memberikan potongan harga sehingga 20% bagi produk-produk terpilih AURA RS Fashion.

Jangan lepaskan kemeriahan meraikan pembukaan butik terbaru Aura dengan potongan harga terbaik kami.


Jumaat, 15 Mac 2013

Sal & Azli

Selamat Pengantin Baru 
Sal & Azli

Pelamin rumah
Baju nikah & sanding
(By Aura's tailor)




Selamat Pengantin Baru

Haliza & Fahmi : 1-2 Mac 2013 : Kg. Baru, KL

Pakej yang diambil :
Pelamin 3 panel
Baju sanding CUSTOM MADE (L/P)
Baju nikah sedia ada
Aksesori lengkap
Make up nikah & sanding (MUA: Hanna Syamhanna)
Fotografi (Helmi MJ)





Jumaat, 28 Disember 2012

Selamat Tahun Baru 2013

Assalamu Alaikum wbt.
Umpama sekelip mata, tahun 2012 akan berlalu pergi dan 2013 menanti. Tentunya sepanjang 2012 banyak peristiwa pahit dan manis baik bagi para pengantin mahupun bagi AURA. Pengalaman yang ditimba tentunya menjadi bekalan yang bermakna untuk AURA terus bergerak maju dalam bidang berkaitan perkahwinan ini.
 
Di kesempatan ini, AURA ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah bekerjasama dengan AURA melayari cabaran perniagaan sepanjang tahun 2012. AURA juga mengucapkan syukur ke hadrat Allah swt kerana diberikan kekuatan, ketabahan dan limpahan rezeki bagi meneruskan usaha memeriahkan industri perkahwinan di Lembah Kelang khasnya dan di Malaysia umumnya.
 
Ucapan terima kasih khas kepada rakan-rakan perniagaan, pembekal-pembekal peralatan perkahwinan, En Zali, pihak penganjur Pameran Pengantin (Urban Vibe - Eddie), Festival Pengantin (Reza & Pn Lina), pihak tailor AURA, pihak majalah Inspirasi Perkahwinan dan Pesona Pengantin, para Make-up artist AURA (Leez,Ayu,Hana dll), Photographer (Asri, Shahril, Helmi & AURA Photo) dan lain-lain pihak yang terlibat bagi memajukan perniagaan AURA.
 
Perhargaan khas dan ucapan terima kasih kepada semua staff AR Brothers Sdn Bhd (En Shafie-COO, Pn Saliha - CFO/Admin, Pn Yatie - Consultan Perkahwinan dan En Kamil - Ketua Logisik dan Operasi serta lain-lain staff sokongan) yang telah berusaha keras melaksanakan tugas dengan ikhlas dan dedikasi demi untuk memajukan perniagaan AURA Raja Sehari.
 
Sempena 2013 yang menjelma, pihak AR Brothers Sdn Bhd dengan sukacita mengumumkan bahawa perniagaan kami akan diluaskan kepada tiga bidang yang lain atas tanda perniagaan AURA Astana Cafe, AURA Rs Collections dan AURA Astana Homestay.  Kesemua bidang perniagaan ini telah dirancang dan di mulakan sejak awal tahun 2012 yang lalu dan akan dilaksanakan secara berperingkat sepanjang tahun 2013. Semoga usaha ini diberkati Allah swt dan memperolehi kejayaan hendaknya. Insya Allah.
 
Sekian, wassalam.
 
MD/CEO
AR Brothers Sdn Bhd
 
 
 
 

Rabu, 28 November 2012

Selamat Pengantin Baru : Shikin & Ezam


 
Semoga berbahagia hingga akhir hayat. Pakej perkahwinan disediakan oleh AURA Raja Sehari.

MUA - Leez
Photographer - Helmi Sixuca

Rabu, 19 September 2012

Selamat Pengantin Baru: Aimy dan Pasangan, Kg Baru KL, 15 Sept. 2012




Semoga berbahagia hingga akhir hayat.
Pelamin, busana pengantin, solekan dan fotography oleh Team AURA RajaSehari.
MUA - Hana
Fotography - Shahril

Sabtu, 11 Ogos 2012

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1433 Hijrah dari AURA

Assalamu Alaikum wbt.

AURA ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Tahun Hijrah 1433. Semoga sambutan perayaan tahun ini lebih bermakna dengan ibadat puasa kita semua diterima Allah swt.

Butik AURA akan ditutup bermula 16 Ogos 2012 dan akan beroperasi semula pada 23 Ogos 2012 sempena sambutan Aidil Fitri.

Salam aidil fitri

ARS

Isnin, 9 Julai 2012