Assalamu Alaikum wbt.
Umpama sekelip mata, tahun 2012 akan berlalu pergi dan 2013 menanti. Tentunya sepanjang 2012 banyak peristiwa pahit dan manis baik bagi para pengantin mahupun bagi AURA. Pengalaman yang ditimba tentunya menjadi bekalan yang bermakna untuk AURA terus bergerak maju dalam bidang berkaitan perkahwinan ini.
Di kesempatan ini, AURA ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah bekerjasama dengan AURA melayari cabaran perniagaan sepanjang tahun 2012. AURA juga mengucapkan syukur ke hadrat Allah swt kerana diberikan kekuatan, ketabahan dan limpahan rezeki bagi meneruskan usaha memeriahkan industri perkahwinan di Lembah Kelang khasnya dan di Malaysia umumnya.
Ucapan terima kasih khas kepada rakan-rakan perniagaan, pembekal-pembekal peralatan perkahwinan, En Zali, pihak penganjur Pameran Pengantin (Urban Vibe - Eddie), Festival Pengantin (Reza & Pn Lina), pihak tailor AURA, pihak majalah Inspirasi Perkahwinan dan Pesona Pengantin, para Make-up artist AURA (Leez,Ayu,Hana dll), Photographer (Asri, Shahril, Helmi & AURA Photo) dan lain-lain pihak yang terlibat bagi memajukan perniagaan AURA.
Perhargaan khas dan ucapan terima kasih kepada semua staff AR Brothers Sdn Bhd (En Shafie-COO, Pn Saliha - CFO/Admin, Pn Yatie - Consultan Perkahwinan dan En Kamil - Ketua Logisik dan Operasi serta lain-lain staff sokongan) yang telah berusaha keras melaksanakan tugas dengan ikhlas dan dedikasi demi untuk memajukan perniagaan AURA Raja Sehari.
Sempena 2013 yang menjelma, pihak AR Brothers Sdn Bhd dengan sukacita mengumumkan bahawa perniagaan kami akan diluaskan kepada tiga bidang yang lain atas tanda perniagaan AURA Astana Cafe, AURA Rs Collections dan AURA Astana Homestay. Kesemua bidang perniagaan ini telah dirancang dan di mulakan sejak awal tahun 2012 yang lalu dan akan dilaksanakan secara berperingkat sepanjang tahun 2013. Semoga usaha ini diberkati Allah swt dan memperolehi kejayaan hendaknya. Insya Allah.
Sekian, wassalam.
MD/CEO
AR Brothers Sdn Bhd